THE BLUE RIBBON

ISNIN 10.10.2016……..Masjid At-Taqwa menerima pelawaan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan kempen “The Blue Ribbon” bertujuan memastikan “Kawasan Masjid Bebas Asap Rokok” . Taklimat disampaikan oleh Dr.Azizah daripada bahagian Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Encik Zulfadhli mewakili Pejabat Kesihatan Seberang Perai Utara dan Dato’ Ahmad Zakiyuddin mewakili Masjid At-Taqwa. Pihak Masjid amat berharap mendapat kerjasama jemaah dan anak qaryah bagi mempastikan kejayaan kempen tersebut.

14519896_1182085098526017_7699194353567732974_n 14595734_1182086128525914_5518376997338791888_n 14595770_1182085671859293_6447618125785953623_n 14606405_1182086155192578_5138658090219015429_n 14656407_1182083865192807_4662119184827099083_n

Pembantu masjid cilik

Setiap kali selepas selesai solat jumaat, akan ada sekumpulan anak-anak kecil ( sekolah rendah ) berlari dengan gembiranya di sekitar dewan masjid. Mereka secara sukarela membantu mengemas semula sejadah yang telah digunakan dan mengumpul tabung sedekah. Walaupun mendapat upah RM1 seorang, itu bukan isunya. Mereka membantu kerana ada kesedaran dan sedikit motivasi.

14470609_1179462165454977_5233279488283411081_n 14470612_1179462018788325_704988841080537473_n 14563338_1179462068788320_3692350703742863595_n 14595719_1179461948788332_5840037474635988498_n