Kursus Penyembelihan Teori & Praktikal

16 September 2015, bertempat di dewan seminar masjid at taqwa telah berlangsung Kursus Penyembelihan Teori & Praktikal. Ustaz Rosli Othman telah sudi menjadi penceramah dan fasilitaor bagi kursus tersebut. Peserta yang terdiri dari golongan remaja, dewasa dan wanita sangat teruja dan menghayati segala titipan ilmu yang telah disampaikan. Praktikal menyembelih juga dilaksanakan.  

Tip & Panduan Untuk Pelajar IPT

27.8.2015, “Panjangkan masa” Itulah sebahagian besar komen di borang soal selidik .Bengkel How an average student score A at university?.Bengkel anjuran Biro Muslimat Masjid At Taqwa telah berjaya mengumpul 36orang pelajar ipt dalam dan luar negara. .Antara bidang yang bakal dan sedang mereka terokai ialah sains,law , perubatan,farmasi,pergigian,sains akuatik,kejuruteraan ,seni bina dll. Sasaran asal program […]

Ceramah Perdana Isu Remaja “Dimana Silapnya?”

21.Ogos.2015, Program Ceramah Perdana anjuran bersama Pejabat Agama Daerah K.Batas Dan Biro Muslimat Masjid Masjid At-Taqwa. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malik (Penalis Tanyalah Ustaz TV9) dan Perasmian Oleh PTA PADKB Ustaz Salehuddin Sulaiman. Lebih 100 orang menyertai yang adakan diBilik Seminar Masjid At-Taqwa.

Program Add Math Imersions 3 SMKA Dan Masjid Attaqwa

22 Ogos 2015,  Searamai 80 orang pelajar terpilih menyertai prograng ini SMKA Al-Irsyad, Al Mashoor Lelaki & Perempuan bersama Masjid At-Taqwa. Ustaz Rosli Othman mewakili Masjid At- Taqwa , Ustaz Abdul Halim Al-Irsyad & Ustaz Abdul Razak Al-Mashoor menandatangi kerjasama .Program ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM nanti.