THE BLUE RIBBON

ISNIN 10.10.2016……..Masjid At-Taqwa menerima pelawaan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan kempen “The Blue Ribbon” bertujuan memastikan “Kawasan Masjid Bebas Asap Rokok” . Taklimat disampaikan oleh Dr.Azizah daripada bahagian Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Encik Zulfadhli mewakili Pejabat Kesihatan Seberang Perai Utara dan Dato’ Ahmad Zakiyuddin mewakili Masjid At-Taqwa. Pihak Masjid amat berharap mendapat […]

Pembantu masjid cilik

Setiap kali selepas selesai solat jumaat, akan ada sekumpulan anak-anak kecil ( sekolah rendah ) berlari dengan gembiranya di sekitar dewan masjid. Mereka secara sukarela membantu mengemas semula sejadah yang telah digunakan dan mengumpul tabung sedekah. Walaupun mendapat upah RM1 seorang, itu bukan isunya. Mereka membantu kerana ada kesedaran dan sedikit motivasi.

Anugerah Maal Hijrah P.Pinang

Sempena Sambutan Maal Hijah Peringkat Negeri Pulau Pinang 1438H / 2016 , dua orang anak qaryah Taman Bertam Indah menerima anugerah . Ybhg Ustaz Rosli Othman menerima anugerah” Tokoh Pendakwah Negeri ” dan Ybhg Tuan Haji Ibrahim Hassan dianugerahkan ” Bapa Mithali ” . Tahniah kepada mereka berdua daripada seluruh ahli qaryah Taman Bertam Indah.