Program Gotong Royong

7 Januari 2017, telah berlangsung Program Gotong Royong membersihkan kawasan masjid. Ramai jamaah ynag dapat hadir, untuk tujuan tersebut. Pihak bomba dan mpsp juga turut membantu dengan menyediakan alatan yang diperlukan. tahniah dan terima kasih.

Sumbangan kepada Anak Yatim

JUMAAT 30.12.2016……Dato Farizan Darus bagi pihak Masjid At-Taqwa menyerahkan cek RM5800.00 kepada Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Al Mukminun (BAKUN). Terima kasih kepada jemaah yang sentiasa menyumbang kepada “Tabung Anak Yatim Dan Kebajikan” . Mari kita berlumba memenuhi akaun akhirat.

KEM MUKMIN TRANFORMERS

Pada 7.12.2016 telah berlangsung¬†KEM MUKMIN TRANFORMERS, anjuran Masjid AtTaqwa bertempat di surau At’taqwa. Adik-adik kecil dari sekolah rendah telah mengambil bahagian. Antara pengisiannya adalah smart solat, motivasi, pembentukan jati diri islam dan lain-lain.

Lawatan Jabatan Agama N.Sembilan

ISNIN 5.12.2016……Terima Kasih kepada staf Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang mengadakan lawatan ke Masjid At-Taqwa untu berkongsi pengalaman Pengurusan Dan Pengimarahan Masjid. Harap ianya memberi manfaat dan menambah ilman dan pengalaman, Harap maaf atas segala kekurang dan layanan yang tak sepertinya.