Program Da’i Cilik

SABTU 15.4.2017……Terima kasih kepada Ajk Da’i Cilik gabungan tiga buah sekolah (SK Taman Senangan, SK Pinang Tunggal dan SK Permatang Bertam) kerama memilih Dewan Seminar dan kawasan Masjid At-Taqwa untuk melaksanakan progran tersebuT dan mejemput Timbalan Pengerusi Qaryah Tuan Haji Ismail Mohammad untuk berucap bagi pihak masjid.

Anugerah Sijil 5S

JUMAAT 14.4.2017…….Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutama Penyelaras 5S Masjid At-Taqwa Suadara Abdul Malik Abdul Razak, Ajk Qaryah, Pegawai Masjid ,Ajk 5S, Biro-Biro dan semua jemaah yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan sehingga Masjid At-Taqwa diberi Pensijilan semula selepasa setahun berlalu. Hari ini bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang TYT YDP Negeri Pulau Pinang […]

Kursus Haji Praktikal

AHAD 9.4.2017……..Minggu Akhir Kursus Asas Haji selama 17 siri. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Hari penutup diisi dengan praktikal Tawaf , Saie dan Melontar oleh Ybhg Ustaz Rosli Othman. Peserta dan jemaah dijamu dengan kenduri “Aqiqah” seekor kerbau masakan nasi arab dan pesamah . Mohon maaf atas sebarang kelemahan dan kekurang sepanjang 17 minggu […]

Cermin mata percuma.

JUMAAT 7.4.2017………..Terima Kasih kepada En.Azrul daripada Pusat Cermin Mata Matahari (Bertam Kiosk) yang menyumbang 50 cermin mata untuk kemudahan jemaah Muslimin dan Muslimat menggunakannya untuk membaca . Kita doakan semoga perniagaan beliau diberkati Allah. Kerjasama jemaah supaya meletak kembali ditempat yang diambil mengikut “Power” yang tertulis.

Tetamu Dari Gereja SAINT ANNE Bukit Mertajam.

Sejak kebelakangan ini kerap juga Masjid At Taqwa menerima kunjungan tetamu jauh dan dekat. Pagi ini Ahad 26hb Mac 2017 telah mencatat sejarah dan membuka medan baru kepada pengurusan masjid. Seramai 34 orang pelajar Sunday School dari Gereja St Anne, Bukit Mertajam telah mengadakan lawatan bertujuan untuk mengenali fungsi masjid , aktiviti yang dijalankan dan […]