Water Filter

27/7/18 Alhamdulillah Terima kasih diucapkan kepada para jemaah yang menyumbang dan menderma kepada pembelian sebuah water cooler untuk kegunaan jemaah Masjid Attaqwa yang berharga RM 4330.00 jenama Coway , sekali lagi diucapkan terima kasih.

Kafilah Dakwah

22/7/18. Selesai #KafilahDakwah ziarah kami ke rumah2 penduduk non muslim area Tmn Bertam Indah, santuni dan ajak depa hadir program #MosqueOpenDay Masjid At Taqwa pd #29Julai Ahad ni. Respon amat memberangsangkan. Terima kasih sahabat seperjuangan yang sudi luangkan masa untuk kerja amal ini. Tabarokallah

Bakal Jemaah Haji

RABU 18.7.2018…….Alhamdulilah seramai 25 orang bakal tetamu Allah ketanah suci pada tahun ini diraikan dalam majlis meraikan bakal haji . Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, doa, tazkirah oleh Ybhg Ustaz Hasnol Hisyam Hj Mokhtar, Penyampaian cenderahati dan jamuan roti arab. Kita doakan mereka semua dikurniakan dengan haji yang mabrur. Amiin.