Lawatan Tadika dan Tahfiz Khalifah Intelek

Alhamdulillah pada 16 hb Mei 2019 bersamaan 11 Ramadan 1440 Masjid At
Taqwa sekali lagi menerima kunjungan pelajar dari Tadika dan Tahfiz Khalifah Intelek dari cawangan Bandar Bertam Perdana dan Sungai Dua.
Rombongan yang datang dengan lima buah bas diiringi guru guru dan Puan Atikah selaku pengetua. Mereka berpeluang menunaikan solat dhuha berjamaah, bertilawah dan sebelum bersurai diberi peluang memasukkan infaq dari tabung pribadi mereka ke Tabung Infaq Dana Pebelian Karpet Baru masjid. Program tahunan ini adalah bertujuan untuk mendidik pelajar
tentang adab-adab di masjid dan kelebihan beribadat di bulan ramadan.
Sebelum pulang wakil rombongan telah menyerah sumbangan waris pelajar berjumlah RM3369.00 tidak termasuk yang disumbangkan terus kedalam tabung kepada Puan Norhayati selaku Ketua Biro Muslimat Masjid At-Taqwa. Mereka turut membawa barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak dsbnya yang disumbang para waris untuk program Jom Kongsi Rezeki. Semua barangan tersebut akan diagihkan

jalilz