Malam Penghargaan Masjid At’Taqwa 2019

SELASA 16.4.2019…….Alhamdulillah buat julung kalinya Masjid At-Taqwa bersama Pusat Dialisis At-Taqwa dan Kotaqwa mengada “Malam Penghargaan 2019” bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas sebagai objektif bagi meraikan mereka yang sentiasa memberi khidmat bakti menjayakan program-program pengimarahan masjid. Antaranya Ahli Jawatankuasa, Pegawai Masjid, Biro-biro, Staf Pusat Dialisis, Surau, Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Koperasi , peniaga-peniaga dan para sukarelawan . Semoga majlis yang sebegini dapat menambahkan lagi tautan tali silaturahim antara kita , bukan hadiah dan nilai cenderahati yang menjadi ukuran, Terima kasih juga kepada tetamu Dato Seri Farizan Darus Setiausaha Kerajaan negeri, Haji Zulkifli Long Pengarah Jagama Islam , Ustaz Khairul Azman Pegawai Tadbir Agama Kepala Batas dan Ustaz Yusof Desa Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau Kepala Batas Pulau Pinang. Bagi pihak Ajk dan penganjur kami memohon maaf atas sebarang kekurangan yang berlaku. Terima Kasih.

jalilz