Masjid Lima Bintang

SELASA 1 MUHARRAM 1440 / 11.9.2018 …..Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah telah dianugerahkan “Masjid Lima Bintang ” bersama lima masjid lain ,Masjid Al Jalal Pajak Song (5 Bintang), Masjid Syeikh Adnan Penaga , Masjid Lahar Tabut Penaga dan Masjid Kebun Sireh Bukit Mertajam (4 Bintang) . Bagi pihak masjid merakam ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menyokong dan kerjasama beterusan kepada semua program masjid. Ini adalah kejayaan kita bersama. Marilah kita berusaha bersunggu-sungguh dan berdoa kepada Allah dipermudakan segala urusan terutamanya meramaikan jemaah dalam majlis-majlis ilmu dan solat berjemaah Insyallah.

Water Filter

27/7/18
Alhamdulillah Terima kasih diucapkan kepada para jemaah yang menyumbang dan menderma kepada pembelian sebuah water cooler untuk kegunaan jemaah Masjid Attaqwa yang berharga RM 4330.00 jenama Coway , sekali lagi diucapkan terima kasih.

Kafilah Dakwah

22/7/18. Selesai #KafilahDakwah ziarah kami ke rumah2 penduduk non muslim area Tmn Bertam Indah, santuni dan ajak depa hadir program #MosqueOpenDay Masjid At Taqwa pd #29Julai Ahad ni. Respon amat memberangsangkan. Terima kasih sahabat seperjuangan yang sudi luangkan masa untuk kerja amal ini. Tabarokallah

Seminar Rukun Qauli

21 Julai 2018
Terima kasih Academy Al hamdani pimpinan Ustaz Mohd Hanif Azmeer yang memilih “Dewan Seminar” Masjid Attaqwa mengadakan Seminar Rukun Qauli .