Sumbangan Untuk Pelajar Keluar Negara

21.Julai 2015.

TAHNIAH !!! Seramai lima orang pelajar Qaryah Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah diraikan serta menerima sumbangan RM2000.00 seorang hasil sumbangan jemaah dalam bulan Ramadhan lepas. Majlis dimula dengan ucapan Tuan Pengerusi Qaryah Hj.Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan pesanan dan peringatan khususnya kepada pelajar yang akan berada diluar negara oleh Tuan Imam Ustaz Rosli Othman. Empat Pelajar akan melanjut pelajaran ke Mesir dan seorang ke United Kingdom.

negara5 negara4 negara3 negara2 negara1

Majlis Khatam Al-Quran Remaja Lelaki

SELASA 14 Julai2015

Tahniah dan Syabas kepada semua 143 orang remaja lelaki yang berjaya khatam al-quran . Terima kasih juga kepada Biro Belia dan Sukan yang mengedalikan “Tadarus” dengan kemas dan teratur. Semua peserta menerima cendrahati sehelai T Shirt, sebuah al quran dan duit raya yang disampaikan oleh Pengerusi Qaryah Hj.Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Tuan Imam Ustaz Ahmad Zawawi Mohd Ali.
tadar3 tadar2 tadar1
tafar4tadar5

Sumbangan Kpd Anak Yatim & Miskin Sk Bertam Indah

SELASA 14.7.2015

Pengerusi Qaryah Hj.Ir Ahmad Zakiyuddin, Setiausaha dan Sdr Rosli Che Lah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan & Anak Yatim kepada pelajar-pelajar SK Bertam Indah . Terima Kasih kepada jemaah Masjid At-Taqwa yang sentiasa menyumbang kepada tabung tersebut untuk diurus oleh pihak masjid kepada mereka yang memerlukan.

miskin1 miskin4 miskin3 miskin2