Ziarah Rumah Terbakar Paya Keladi

4 Oktober 2015

Petang tadi menziarahi Pn.Normah Bt. Mat , Allah telah menguji beliau dimana sebahagian besar rumah beliau terbakar kelmarin (3.10.15) di Paya Keladi Masjid, Kepala Batas. ..Ya Allah berilah kesabaran menghadapi musibah. Tuan Imam Ustaz Ahmad Zawawi, Biro Kebajikan , Biro Muslimat dan Ajk Qaryah menziarahi beliau dan keluarga , Sebanyak RM2007.00 hasil kutipan jemaah Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah diserah kepada beliau. Ujian Allah kepada insan yang disayangi yang balasannya SYURGA.

bakar1

bakar2 bakar3 bakar4 bakar5

 

Majlis Tazkirah & Pengijazahan Sanad Al-Fatihah oleh Sy Kurayyim.

22 September 2015

Syeikh Muhamad Kurayyim bin Sa’id bin Kurayyim Rajih dilahirkan di al-Maydan, Damsyiq, Syria.pada 1344H/1926M.  Beliau merupakan seorang ahli al-Quran yang mendapat sanad ilmu al-Quran dan ilmu qiraat dari ulama Syam dan perkara ini diakui oleh Syeikh Ahmad al-Halwani. Belaiu telah hadir di masjid ini untuk majlis tazkirah di samping mengutip dana untuk rakyat Syria.

sanad1

sanad2 sanad3 sanad4 sanad5