Program Khatan Perdana 2015

SABTU 12.12.2015…………..Seramai 30 orang kanak-kanak menyertai Program Khatan Perdana anjuran Biro Kebajikan Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat Ajk Qaryah, Biro Kebajikan, Team Doktor Hospital Seberang Jaya yang diketuai oleh Dr.Imran . Semuanya berjalan dengan lancar . Maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis berlangsung.

khatan 2 khatan 3 khatan 4 khatan 1 khatan 5

Program Retreat Biro Belia & Sukan

Dengan izin dari Tuhan yang Maha Esa… terlaksana sudah satu program yang sangat mendatangkan manfaat untuk generasi belia masakini untuk menjadi pelapis pada masa hadapan.
Program Retreat Biro Belia & Sukan ini berlangsung dengan jayanya dengan disertai seramai 25 orang peserta dan dibimbing oleh Pengerusi Qaryah, Setiausaha Qaryah, Tuan Imam 1, Ketua Biro Muslimat dan 2 AJK Masjid.
Bertempat di Sahom Valley, Kampar, Perak. Syabab/belia Masjid At-Taqwa berkampung selama dua hari satu malam iaitu pada hari Isnin dan Selasa 7 & 8 Disember 2015 bagi melakarkan segala bentuk idea dan perancangan sepanjang 2016 yang akan menjelang beberapa hari lagi.
Selain dari itu, program ini juga berjaya mencuit hati-hati peserta dikalangan pemuda-pemuda untuk lebih mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang renggang dikalangan peserta serta menjalinkan ukhwah atas nama Ilahi.
Alhamdulillah,
Harapan dan sokongan padu yang diberikan oleh pimpinan qaryah amat menggalakkan para peserta untuk lebih menonjol ke hadapan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan. Secara tidak langsung, penglibatan anak muda dalam apa sahaja aktiviti yang dikelola oleh pihak masjid akan di ambil perhatian.
Sejuta tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta, pimpinan qaryah dan urusetia yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung diatas kejayaan Retreat Biro Belia & Sukan kali ini.
Dengan ini, semoga generasi muda ini mampu berkembang dalam satu entiti di bawah kepimpinan masjid untuk “Melahirkan Belia Yang Berinovasi Dan Berakhlak Rabbani”

syabab14 syabab13 syabab15 syabab17 syabab8 syabab12 syabab11 syabab6

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8 Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah

AHAD 22.11.2015…… Assalamualaikum..Tahniah & Terimakasih kepada semua Anggota Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad, yang menjalankan kewajipan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8 pada 22 Nov 2015, Hari Ahad Jam 9 Pagi hingga 12.40 Tgh. Di Dewan Seminar At Taqwa. Tahniah juga kepada Barisan Anggota Lembaga juga Jkuasa Audit Dalaman yang menjalankan tugas dengan baik pada Sesi Lepas, juga Anggota Lembaga yang baru bagi Sesi 2015-2016. Alhamdullilah, Kejayaan ini adalah di atas usaha semua pihak, terimakasih diucapkan pada semua terutamanya pihak SKM yang banyak membantu dari segi kewangan, pengetahuan dan memastikan pentadbiran pengurusan koperasi lancar. Terimakasih Pengarah SKM yang sudi hadir merasmikan mesyuarat dan memberi ucapan semangat. Semoga Koperasi Qaryah Masjid At Taqwa akan bertambah maju di dalam membangunkan ekonomi ummah di samping membantu kewangan masjid dan semoga semua Anggota Koperasi dapat berkerjasama sebagai sebuah pasukan membentuk sebuah Koperasi Masjid yg paling berjaya untuk membantu Koperasi Masjid yang lain, bukan sahaja sebagai saham di dunia juga saham untuk akhirat, Insha Allah

koop 3 koop 1 koop 2 koop 5 koop 4