Program Audit Pensijilan Semula 5S

15 Februari 2017, telah berlangsung Program Audit Pensijilan Semula 5S ke atas Masjid Attaqwa oleh MPC Wilayah Utara. Alhamdulilah, ia telah selesai dan diharapkan ia dapat meningkatkan lagi mutu pengurusan masjid.

Air Mata & Darah Rohingya

28 Januari 2017, telah berlangsung ‘ Program Solidariti Air Mata & Darah Rohingya’. Program tajaan MAPIM dan Masjid Attaqwa serta badan-badan NGO yang lain, bertujuan mengumpul dana untuk disampaikan kepada pelarian Rohingya. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Luar Negeri dan pimpinan negeri. Syabas dan tahniah.