Program Da’i Cilik

SABTU 15.4.2017……Terima kasih kepada Ajk Da’i Cilik gabungan tiga buah sekolah (SK Taman Senangan, SK Pinang Tunggal dan SK Permatang Bertam) kerama memilih Dewan Seminar dan kawasan Masjid At-Taqwa untuk melaksanakan progran tersebuT dan mejemput Timbalan Pengerusi Qaryah Tuan Haji Ismail Mohammad untuk berucap bagi pihak masjid.

Anugerah Sijil 5S

JUMAAT 14.4.2017…….Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutama Penyelaras 5S Masjid At-Taqwa Suadara Abdul Malik Abdul Razak, Ajk Qaryah, Pegawai Masjid ,Ajk 5S, Biro-Biro dan semua jemaah yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan sehingga Masjid At-Taqwa diberi Pensijilan semula selepasa setahun berlalu. Hari ini bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang TYT YDP Negeri Pulau Pinang menyampaikan sijil “5S” kepada 14 buah masjid telibat diseluruh Pulau Pinang

Kursus Haji Praktikal

AHAD 9.4.2017……..Minggu Akhir Kursus Asas Haji selama 17 siri. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Hari penutup diisi dengan praktikal Tawaf , Saie dan Melontar oleh Ybhg Ustaz Rosli Othman. Peserta dan jemaah dijamu dengan kenduri “Aqiqah” seekor kerbau masakan nasi arab dan pesamah . Mohon maaf atas sebarang kelemahan dan kekurang sepanjang 17 minggu (Komen positif dialu-alukan untuk penambahbaikan di tahun hadapan) . Terima kasih juga kepada semua yang terlibat terutamanya “Urusetia Kursus” yang istiqamah dari mula hingga akhir. Semoga diganjari oleh Allah sebagai amal soleh……..AMIN.

Cermin mata percuma.

JUMAAT 7.4.2017………..Terima Kasih kepada En.Azrul daripada Pusat Cermin Mata Matahari (Bertam Kiosk) yang menyumbang 50 cermin mata untuk kemudahan jemaah Muslimin dan Muslimat menggunakannya untuk membaca . Kita doakan semoga perniagaan beliau diberkati Allah. Kerjasama jemaah supaya meletak kembali ditempat yang diambil mengikut “Power” yang tertulis.

Tetamu Dari Gereja SAINT ANNE Bukit Mertajam.

Sejak kebelakangan ini kerap juga Masjid At Taqwa menerima kunjungan tetamu jauh dan dekat. Pagi ini Ahad 26hb Mac 2017 telah mencatat sejarah dan membuka medan baru kepada pengurusan masjid. Seramai 34 orang pelajar Sunday School dari Gereja St Anne, Bukit Mertajam telah mengadakan lawatan bertujuan untuk mengenali fungsi masjid , aktiviti yang dijalankan dan memahami serba sedikit tentang Islam.
Selepas mendengar taklimat tentang pentadbiran masjid dari Dato’ Pengerusi Qaryah , Bro. Reverant Lazarus pula tampil menjelaskan tujuan kunjungan mereka untuk memahami tentang Islam supaya masing masing dapat hidup harmoni. Sedikit penerangan tentang rukun Iman dan rukun Islam diharap dapat menjelaskan lagi pemahaman para peserta. Mereka ini terdiri dari para pelajar tingkatan 5 yang tekun menghadiri kelas di gereja. Berbangsa India dan Cina.
Berpeluang membawa mereka melihat persekitaran masjid termasuk pusat dylisis , Coopmart dan pusat kitar semula sebelum mereka melihat demonstrasi wudhu. Saudara Azman Merican membantu menerangkan tatacara berwudhu dan perkara yang membatalkan wudhu. Mereka berkesempatan melihat Tuan Imam 1, Ustaz Hj Ahmad Zawawi menunaikan solat sunat dan diterangkan juga bacaan serta pengertian ayat.
Manakala pelajar perempuan yang diketuai Puan Flora teruja diberi kesempatan memakai hijab yang disediakan. Sebelum zohor, mereka dibawa menikmati jamuan tengahari dan majlis bersurai sebaik azan zohor dilaungkan.
Pihak pengurusan masjid mengucapkan terima kasih kepada Sdr.Abdul Rahman , Hj.Azman Merican dan Sdr Kamal Khairul Anwar yang berurusan dengan pihak gereja bagi menjayakan program ini, juga di atas kesudian tetamu menjejak kaki ke masjid ini dan semua pihak yang berusaha menjadikannya kenyataan.
Meski singkat dan padat namun diharap penerangan yang mampu disampaikan dapat melekat kemas di minda dan hati mereka. Hidayah itu milik Allah, Dia berupaya membolak balik hati manusia dan doa kita ini adalah cetusan dan langkah permulaan untuk mereka mengenali keindahan deenul Islam dan seterusnya kembali ke dalam agama fitrah ini. Aamiin……….. Penulis : Puan Noorhayati Sidiqah