PENGAUDITAN PENSIJILAN KEMPEN ‘BLUE RIBBON’ 2017

Selasa 19 September 2017. Masjid At’Taqwa akan dikunjungi oleh Juru Audit Luaran bagi meniliti perlaksanaan kempen ‘BLUE RIBBON’ yang telah dilancarkan pada oktober 2016. Dalam tempoh tersebut para jemaah selalu diingatkan akan kempen tersebut samada melalui hebahan, kuliah dan poster.

GUNTING RAMBUT AMAL

AHAD 10.9.2017……..Sempena demgan pembukaan semula Kedai Guting Rambut At-Taqwa , Alhamdulillah hari ini seramai 12 orang Pengunting Rambut bergabung bagi melaksanakan “GuntIng Rambut Amal (Percuma)” diperkarangan Masjid At-Taqwa . Terima Kasih kepada semua yang terlibat semoga Allah ganjari sumbangan tuan tuan semua sebagai amal soleh. Kehadiran melebihan sasaran seramai 63 orang dari kanak-kanak hingga dewasa.

Lawatan Koperasi Masjid Al-Quddus Kota Bharu

AHAD 20.8.2017………Serama 33 orang daripada Koperasi Masjid Al-Quddus Kota Bharu Kelantan melawat Koperasi Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah bertujuan lawatan sambil belajar dan berkongsi pengalaman . Semoga ianya memberi banyak manfaat kedua belah pihak.