RETREAT AT-TAQWA 2017

SABTU & AHAD (18 & 19 NOV 2017…….Dalam usaha membina sebuah qaryah dengan visi “Bertam Indah Darul Taqwa” selama dua hari yang terdiri daripada AJK, Pegawai Masjid ,Biro-Biro dan jemaah seramai 45 orang berbengkel dalam program RETREAT AT-TAQWA 2017 kali ke-2 diBukit Merah Lake Town ,Perak. Berbincang , berbahas , berbengkel, saranan . Semoga apa yang diperolehi sepanjang dua hari itu akan menjadi panduan untuk perlaksanaan semua program masjid dimasa hadapan

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kotaqwa Kali Ke 10

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KOTAQWA KALI KE SEPULUH

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan bagi kali Ke SEPULUH Ke-10) akan diadakan dengan butiran berikut :-

Tarikh / Hari :            10 hb Disember 2017 / Ahad

Masa             :          9.00 pagi

Tempat          :           Dewan Seminar At Taqwa, Masjid At Taqwa
Taman Bertam Indah. Kepala Batas, Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut sila layari,  http://kotaqwabertam.com/2016/07/22/promosi/

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir

SABTU  11.11.2017…….Alhamdulillah hari pertama “Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir” Qaryah Taman Bertam Indah berjalan lancar. Lebih separuh daripada 620 wakil rumah yang telibat hadir menerima sumbangan berupa wang tunai RM100.00 dan kupon bernilai RM50.00 untuk membeli barang di Coopmart Kotqwa kepada semua penduduk termasuk yang bukan Islam. Turut berucap meraikan hadirin ialah Setiusaha Kerajan Negeri Dato Seri Farizan Darus dan Pengerusi Qaryah Dato Ir. Ahmad Zakiyiddin Abdul Rahman .

Taman Bertam Indah dilanda BANJIR

Ahad 5 Nov 2017, Allah maha besar. Begitulah hakikat kehidupan sebagai seorang hamba. Tanpa diduga Taman Bertam Indah telah dilanda banjir kilat. Hujan mulai turun dengan lebat sejak tengahhari Sabtu dan berterusan sehingga Ahad pagi. Air naik dengan cepat menutupi jalan utama ke Taman Bertam Indah dari hala Paya Keladi dan lampu isyarat stadium Bertam. Kawasan Tanjung, Fasa 1,2,3,4 merupakan kawasan yang paling teruk . Mari kita sama-sama berdoakan agar semuanya selamat dari bala bencana.