SUMBANGAN KEBAKARAN RUMAH EN.BASRI PTG.TINGGI A.

ISNIN 26.3.2018…….Biro Kebajikan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah , Kepala Batas, SPU melawat Rumah Terbakar (Total Lost). Tuan rumah En.Mohd Basri Bin. Zainon Kg Pmtg Tinggi A. Sekeluarga hilang tempat tinggal dan kini tinggal sehelai sepinggang. Ada 4 org anak2 yg masih bersekolah. Buat sementara waktu hari ini tinggal di kilang yg tidak beroperasi di belakang rumahnya. Kilang tersebut tidak ada bekalan elektrik. JOM kIta pakat membantu.

PERLANCARAN 1M1P SPU

ISNIN 26.3.2018……Bersama Tuan Haji Ramli Abdul Rahman mewakili Jawatankuasa Qaryah Taman Bertam Indah menghadiri Perlancaran Program 1M1P (1 Masjid 1 Polis) di IPD SPU . Program yang bertujuan merapatkan polis dengan masyarakat dan meningkatkan tahap keselamatan terutama sekitar masjid. Semoga mendapat kerjasama bermanfaat antara dua pihak…. Insyaallah.

SUMBANGAN KPD RUMAH RUMAH JAGAAN KASIH ABADI

Biro Muslimat Qaryah Taman Bertam Indah menyampaikan sumbangan Wang Tunai kepada Rumaah Jagaan Kasih Abadi Bandat Putrera Bertam , Semoga sedikit sumbangan yang diberi menberi manfaat mereka . Terima Kashi kepada jemaah yang sentiasa menyumbang kepada “Tabung Kebajikan” untuk jawatankuasa sampaikan kepada yang memerlukan.

LAWATAN TIMBALAN KETUA POLIS P.PINANG

JUMAAT 16.3.18…… Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang YDH Dato Roslee Bin Chik hadir solat Jumaat di Masjid At-Taqwa dan memberi taklimat ringkas tentang Program 1Masjid 1 Polis (1M1P) dan berapa isu semasa keselamatan Negeri Pulau Pinang dengan menasihat jemaah tidak mendengar dan menyebarkan khabar angin.