Program Retreat Biro Belia & Sukan

Dengan izin dari Tuhan yang Maha Esa… terlaksana sudah satu program yang sangat mendatangkan manfaat untuk generasi belia masakini untuk menjadi pelapis pada masa hadapan.
Program Retreat Biro Belia & Sukan ini berlangsung dengan jayanya dengan disertai seramai 25 orang peserta dan dibimbing oleh Pengerusi Qaryah, Setiausaha Qaryah, Tuan Imam 1, Ketua Biro Muslimat dan 2 AJK Masjid.
Bertempat di Sahom Valley, Kampar, Perak. Syabab/belia Masjid At-Taqwa berkampung selama dua hari satu malam iaitu pada hari Isnin dan Selasa 7 & 8 Disember 2015 bagi melakarkan segala bentuk idea dan perancangan sepanjang 2016 yang akan menjelang beberapa hari lagi.
Selain dari itu, program ini juga berjaya mencuit hati-hati peserta dikalangan pemuda-pemuda untuk lebih mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang renggang dikalangan peserta serta menjalinkan ukhwah atas nama Ilahi.
Alhamdulillah,
Harapan dan sokongan padu yang diberikan oleh pimpinan qaryah amat menggalakkan para peserta untuk lebih menonjol ke hadapan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan. Secara tidak langsung, penglibatan anak muda dalam apa sahaja aktiviti yang dikelola oleh pihak masjid akan di ambil perhatian.
Sejuta tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta, pimpinan qaryah dan urusetia yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung diatas kejayaan Retreat Biro Belia & Sukan kali ini.
Dengan ini, semoga generasi muda ini mampu berkembang dalam satu entiti di bawah kepimpinan masjid untuk “Melahirkan Belia Yang Berinovasi Dan Berakhlak Rabbani”

syabab14 syabab13 syabab15 syabab17 syabab8 syabab12 syabab11 syabab6