Taman Bertam Indah dilanda BANJIR

Ahad 5 Nov 2017, Allah maha besar. Begitulah hakikat kehidupan sebagai seorang hamba. Tanpa diduga Taman Bertam Indah telah dilanda banjir kilat. Hujan mulai turun dengan lebat sejak tengahhari Sabtu dan berterusan sehingga Ahad pagi. Air naik dengan cepat menutupi jalan utama ke Taman Bertam Indah dari hala Paya Keladi dan lampu isyarat stadium Bertam. Kawasan Tanjung, Fasa 1,2,3,4 merupakan kawasan yang paling teruk . Mari kita sama-sama berdoakan agar semuanya selamat dari bala bencana.