Tip & Panduan Untuk Pelajar IPT

27.8.2015,

“Panjangkan masa” Itulah sebahagian besar komen di borang soal selidik .Bengkel How an average student score A at university?.Bengkel anjuran Biro Muslimat Masjid At Taqwa telah berjaya mengumpul 36orang pelajar ipt dalam dan luar negara. .Antara bidang yang bakal dan sedang mereka terokai ialah sains,law , perubatan,farmasi,pergigian,sains akuatik,kejuruteraan ,seni bina dll. Sasaran asal program untuk bakal pelajar ipt lepasan Matrik,asasi,Stam dan Stpm telah juga membuka peluang kepada pelajar semester 2,3 dan 4 yang ingin mengubah strategi belajar dan membaiki Cgpa mereka. Bengkel ini dikendali oleh bekas pensyarah kanan Uitm P.Pinang mantan Prof.Madya Muhammad Abd Razak.Berpengalaman 32 tahun mengajar bidang kejuruteraan mekanikal (thermodynamic). Pengerusi Qaryah Tuan Hj Ir Zakiyuddin Abd.Rahmah turut mengambil peluang menitipkan berbagai nasihat untuk peserta bengkel .Program tamat hampir jam 1.00 petang. Pihak penganjor memohon maaf di atas sebarang kekurangan dan berdoa agar Allah memudahkan urusan semasa pergi dan pulang serta seterusnya mengingatkan para pelajar jika mereka malas belajar ingatlah ada orang yang berkerja keras untuk mereka, sentiasa menadah tangan berdoa untuk mereka dan mereka juga ada mimpi yang perlu menjadi kenyataan. Syabas untuk peserta yang datang muga sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman itu akan menyemarakkan lagi semangat untuk berjaya dengan cemerlang.

mat2mat3mat4mat1