Pengenalan

Sejarah Penubuhan Masjid
masjid top

  • Januari 1998, Qaryah ini bermula dengan penubuhan AJK surau Taman Bertam Indah untuk mentadbir surau yang dibina oleh Bertam Properties Sdn.Bhd. dan diserahkan kepada penduduk Taman Bertam Indah setelah siap peringkat pertama perumahan.
  • AJK surau ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Tuan Hj.Ibrahim Hassan. Ia diletakkan dibawah pentadbiran qaryah Masjid Jamiul Badawi Kepala Batas. Surau at-Taqwa ini, pada mulanya boleh memuatkan 200 jemaah, telah diubahsuai beberapa kali sehingga dapat memuatkan 500 jemaah.
  • Tahun 2004, timbul cadangan untuk membina masjid baru bagi Taman Bertam Indah apabila bilangan penduduk semakin bertamah ramai. Sebuah tapak seluas 3.4 ekar yang disediakan oleh Bertam Properties telah diserahkan kepada Majlis agama Islam Pulau Pinang sebagai tapak pembinaan masjid.urau
  • Januari 2005, Qaryah Masjid Taman Bertam Indah ditubuhkan.
  • 11 Februari 2005, Solat Jumaat yang pertama kali telah diadakan di Surau At-Taqwa ,dengan khutbah disampaikan oleh Ustaz Shahabudin Yahya dan diimamkan oleh Ustaz Ahmad Zawawi Mohd Ali.
  • 16 Jun 2007, Pengisytiharan bangunan Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah disempunakan oleh Ustaz Yusof Ahmad  (Pegawai Agama Daerah Kepala Batas ) diikuti dengan solat jumaat pertama di masjid tersebut.
  • 29 Mac 2009, Perasmian Masjid At-Taqwa telah disempunakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Abdullah Bin Ahmad Badawi.