Bakal Jemaah Haji

RABU 18.7.2018…….Alhamdulilah seramai 25 orang bakal tetamu Allah ketanah suci pada tahun ini diraikan dalam majlis meraikan bakal haji . Majlis dimulakan dengan bacaan yasin, doa, tazkirah oleh Ybhg Ustaz Hasnol Hisyam Hj Mokhtar, Penyampaian cenderahati dan jamuan roti arab. Kita doakan mereka semua dikurniakan dengan haji yang mabrur. Amiin.

Pengerusi Dibedah Jantung

14 Julai 2018
Alhamdulillah, kesempatan melawat Dato Ahmad Zakiyuddin semakin sihat selepas pembedahan jantung, turut dilawati Mufti Wilayah Dato Seri Dr.Zulkifli Albakri.

Sambutan Aidilfitri 2018

SABTU 7.7.2018…….Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Qaryah Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah. Maaf atas sebarang kekurangan . Insyaallah jumpa lagi tahun hadapan.