Aktiviti

Selain sebagai tempat ibadah untuk  semua anak qaryah solat berjemaah 5 waktu , masjid juga berperanan sebagai:
* Pusat ilmu dan pendidikan anak qaryah 
* Pusat bagi anak qaryah mendapat bimbingan dan kebajikan
* Pusat pembangunan ummah
* Pusat memupuk perpaduan masyarakat dan kesejahteraan setempat 

Anugerah akademik

Setiap tahun pihak masjid akan memberi anugerah kepada anak qaryah yang cemerlang dalam akademik samada di peringkat sekolah atau universiti.

kuliah perdana

Kerap kali pihak masjid menjemput tokoh-tokoh agama dari luar untuk memberi kuliah/ceramah. Antaranya Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Hassan Din dan lain-lain

bakal haji

Setiap tahun bakal-bakal haji dari kalangan jemaah akan diraikan . Selain majlis bacaan yasin , mereka juga dihadiahkan dengan sedikit cenderhati dan kenduri.

fun bicycle ride

Para jemaah dan individu sekitar turut serta dalam program ini yang dianjurkan oleh pihak masjid dan pelbagai NGO .

Sk bertam indah bersih masjid

Hampr 50 orang murid tahun 6 , turut serta dalam program membersihkan masjid. Ia bertujuan untuk menyemai sifat sayangkan masjid dan kebersihan dalam diri murid-murid.

kiosk pakaian terpakai /bundle

Kini orang ramai boleh mendapatkan pakaian terpakai secara percuma daripada kiosk bundle. Ia adalah sumbangan para jemaah.

Kursus CPR

Satu kursus CPR @ cardiopulmonary resuscitation, telah di adakan untuk para jemaah . Ia diadakan dengan kerjasama Hospital K.Batas.

derma darah

Salah satu jalan untuk berinfak adalah melalui menderma darah. Kerapkali badan -badan NGO dan Hospital sekitar Penang dan Kedah mengadakan kempen derma darah.

Handphone photography

Satu kursus fotografi menggunakan smartphone telah diadakan bagi jemaah yang berminat. Seorang trainer telah dijemput untuk memberikan ‘hands on’ tentang kaedah, tips dan berkongsi pengalaman.

Pertandingan futsal geng muda.

Bagi menarik minat golongan belia dekat dengan masjid, pertandingan futsal adalah satu pilihan. Selain beriadah akan diselitkan dengan tazkirah dll, agar mereka tidak lupa dengan kepentingan untuk bersolat dan ke masjid.

majlis iftar ramadhan

Salah satu bentuk sedekah yang paling utama adalah menjamu orang untuk berbuka puasa. Sepanjang bulan ramadhan pihak masjid menyediakan jamuan berbuka puasa untuk 300 orang. Dana datang dari sumbangan orang ramai.

meraikan anak rohingya iftar

Bukan semua orang bernasib baik seperti kita. Antaranya adalah anak-anak pelarian Rohingya yang menetap di Penang. Meraka telah disantuni dengan jamuan iftar, persiapan raya dan sedikit wang saku untuk madrasah mereka.

Jamuan raya perdana

Jamuan raya perdana telah diadakan di perkarangan masjid. Semua jemaah, penceramah jemputan telah dijemput. Tidak ketinggalan juga jiran tetangga yang non muslim turut hadir. Makanan dan minuman telah disediakan oleh semua jemaah mengikut fasa dan lorong kediaman. 

pelancaran dana karpet

Setelah 10 tahun beroperasi, keadaan karpet masjid semakin usang. Masjid telah mengambil keputusan untuk menukarnya kepada yang baru. Tabung Karpet Baru telah dilancarkan oleh TKM Datuk Zakiyuddin, yang mengsasarkan wang sebanyak RM150,000.

kelas hafazan

Di adakan sekali seminggu pada setiap hari sabtu dari jam 4.00 ptg sehingga 10 malam. Ia dikendalikan oleh ustaz-ustaz muda.

khalifah intelek

Gabungan beberapa kelas tadika Khalifah Intelek sekitar kepala batas, telah mengadakan lawatan ke Masjid Attaqwa. Mereka telah ditunjukkan dengan adab berada dalam masjid, cara solat berjemaah, dll. Tadika ini telah menyumbang sedikit infaq kepada tabung Kongsi Rezeki.

kumpulan tadarus Khatam Alquran

Sepanjang bulan Ramadhan, seramai 100 orang remaja telah mengadakan kumpulan tadarus alquran. Alhamdulilah selepas 3 minggu , mereka berjaya menghabiskan 30 juzuk. Pihak masjid telah meraikan kejayaan ini dengan majlis khatam alquran dan menyampaikan duit raya.

program khatan perdana

Seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanan dari jemaah masjid telah menyertai program berkhatan beramai-ramai. Ia adalah anjuran Masjid Attaqwa dan NGO. Sebelum itu mereka telah diraikan dengan sarapan dan penyampaian cenderhati dan kemudian tekah dimandikan oleh Jabatan Bomba.

kongsi rezeki

Salah satu cara orang ramai untuk berinfaq adalah melalui Program Kongsi Rezeki. Melalui program ini, seseorang cuma membayar RM30 atau RM50 kepada kedai koperasi untuk membeli barangan dengan harga tersebut. Barangan tersebut kemudian akan diagihkan kepada kumpulan penduduk kampung terpilih yang betul-betul susah dan daif.

ibadah korban

Ibadah korban ketika hari raya aidil adha adalah perkara utama di masjid ini. Para jemaah akan bergotong royong melaksanakan ibadah tersebut, Selalunya 10 ekor lembu akan dikorbankan pada hari raya pertama.

kursus haji

Masjid dengan kerjasama Tabung Haji akan mengadakan kursus haji bersiri setiap tahun. 200 hingga 300 bakal haji akan datang dari sekitar kepala batas pada setiap hari ahad selama 16 minggu, elain ceramah , info terkini dari TH akan disampaikan ketika kursus tersebut.

masjid 5 bintang

Berkat doa dan kerjasama yang kuat para jemaah, masjid telah dianugerah dengan Penarafan Bintang Masjid sempena Maal Hijrah 2018.  Ia adalah manifestasi kesungguhan bekerja kerana Allah yang ditunjukkan oleh jemaah untuk Masjid Attaqwa

lawatan ajk masjid luar.

Sudah menjadi kebiasaan , setiap bulan akan ada rombongan dari luar yang datang untuk membuat lawatan. Kebanyakannya adalah dari AJK masjid-masjid seluruh Malaysia. Mereka diberi taklimat tentang pencapaian Masjid Attaqwa.

Sambutan maulid nabi

Maulid Nabi merupakan satu acara yang akan disambut setiap tahun. Selain perarakan, majlis ceramah , daurah kitab dll akan diadakan sempena tarikh penting tersebut.

mesyuarat agong koperasi

Salah satu entiti Masjid Attaqwa adalah koperasinya. Menjalankan pelbagai bentuk perniagaan 

pasar pagi kopmart

Di adakan 2 kali sebulan pada hari ahad, dari jam 8.00 pagi – 3.00 ptg. Harga barangan ditawarkan sangat menarik dengan ptongan 50%. Selain barangan kopmart sendiri, kedai koop lain juga turut serta.

malam anugerah petugas masjid

Bagi menghargai kesetiaan dan jasa bakti yang dicurahkan terhadap pengurusan dan perjalanan masjid, pihak masjid telah meraikan para petugas di Hotel Seri Malaysia KB. Selain jamuan makan, mereka juga diberikan cenderahati dan sijil penghargaan.

program recycle barangan terpakai

Para jemaah digalakkan menghantar barangan terpakai untuk di recycle. Hasil jualan yang bernilai ribuan ringgit dapat dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam tabung masjid.

ziarah jemaah sakit

Menziarahi jemaah yang uzur / sakit adalah satu cara mengeratkan siratul rahim dan mempercepatkan kesembuhan. Ia juga sebahagian tanggungjawab komuniti untuk memberi bantuan jika jemaah kesempitan dan sakit.

program open mosque

Tak kenal tak cinta. Begitulah persepsi non muslim terhadap masjid. Program masjid terbuka bagi non muslim adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ‘apa itu islam’. Mereka diberi taklimat, cenderahati dan jamuan makan.

program singgah sahur.

Ketika orang ramai berbuka atau bersahur pada bulan ramadhan di rumah, masih ramai yang terpaksa bertugas di luar rumah. Masjid mengambil inisiatif untuk menyantuni mereka dengan membahagi pek makanan ketika berbuka atau bersahur.

program ziarah ramadhan

Ketika orang ramai beribadat ketika bulan ramadhan, tidak kurang ramai juga yang terpaksa menghabiskan masa di rumah sakit. Program ziarah ini bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada pesakit dan juga sedikit sumbangan raya.

solat raya aidil fitri

Kemuncak  ibadah bulan ramadhan diakhiri dengan solat hari raya. Keluarga dekat dan jauh akan datang ke masjid untuk tujuan tersebut. Cukup meriah suasana di sekitar masjid.