Tabung SRIAT

ISNIN 15.10.2018………Pihak Pengurusan Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) sekali lagi membuka peluang kepada semua penderma untuk menyumbang bagi membantu mencukupkan keperluan sekolah dianggarkan sebanyak RM80,000.00 . Malam ini Imam Muda Ustaz Mohd Asyraf Mohd Redwan melancarkan tabung bekenaan. Sebagai pembuka ustaz sendiri menderma semua saguhati kuliah malam ini kepada tabung SRIAT.

Lawatan Ekkapap Sasanawich Islamic School

Rabu 10.10.18…….Alhamdulillah sekali lagi Masjid At-Taqwa menerima kunjungan tetamu untuk berkongsi pengalaman Pengimarahan dan Pentadbiran Masjid dan Koperasi. Rombongan seramai 35 orang terdiri daripada wakil Ekkapap Sasanawich Islamic School dan mahasiswa daripada tiga buah universiti Indonesia bersama 4 orang pensyarah.

Reading Glass Percuma

Terima kasih Matahari Optometri yang yang menyumbang “Reading Glass” untuk kegunaan jemaah Masjid Attaqwa Tbi. Telah tiga kali buat pembahan kerana hilang , harap jemaah lebih perihatin . Doakan semoga perniagaan syarikat Matahari Optometri diberkati dan dirahmati Allah.

Masjid Lima Bintang

SELASA 1 MUHARRAM 1440 / 11.9.2018 …..Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah telah dianugerahkan “Masjid Lima Bintang ” bersama lima masjid lain ,Masjid Al Jalal Pajak Song (5 Bintang), Masjid Syeikh Adnan Penaga , Masjid Lahar Tabut Penaga dan Masjid Kebun Sireh Bukit Mertajam (4 Bintang) . Bagi […]

Water Filter

27/7/18 Alhamdulillah Terima kasih diucapkan kepada para jemaah yang menyumbang dan menderma kepada pembelian sebuah water cooler untuk kegunaan jemaah Masjid Attaqwa yang berharga RM 4330.00 jenama Coway , sekali lagi diucapkan terima kasih.

Kafilah Dakwah

22/7/18. Selesai #KafilahDakwah ziarah kami ke rumah2 penduduk non muslim area Tmn Bertam Indah, santuni dan ajak depa hadir program #MosqueOpenDay Masjid At Taqwa pd #29Julai Ahad ni. Respon amat memberangsangkan. Terima kasih sahabat seperjuangan yang sudi luangkan masa untuk kerja amal ini. Tabarokallah