Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) merupakan satu lagi instutusi pendidikan di bawah kelolaan Masjid At’Taqwa. Beroperasi dibangunan sendiri yang terletak bersebelahan surau At’Taqwa. 

Tahun 2018 , satu bangunan tambahan telah dibina hasil wang sumbangan jemaah dan kerajaan negeri. 

Pihak Pengurusan Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) sekali lagi membuka peluang kepada semua penderma untuk menyumbang bagi membantu mencukupkan keperluan sekolah dianggarkan sebanyak RM80,000.00 . Imam Muda Ustaz Mohd Asyraf Mohd Redwan melancarkan tabung bekenaan. Sebagai pembuka ustaz sendiri menderma semua saguhati kuliah malam ini kepada tabung SRIAT.