Masjid At-Taqwa, Kepala Batas

Sesungguhnya ORANG-ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA

Kenali kami

Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah Rasulullah SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah membangunkan Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.
Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا الله َ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya :
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Apa yang kami ada

01.

— Kompleks masjid

Mempunyai dewan solat yang luas, mampu menampung seramai 1500 orang jemaah pada sesuatu masa. Ia dilengkapi dengan kemudahan pendingin udara, LCD, CCTV, PA System yang baru. Tandas yang bersih dan landskap yang indah telah mendapat pengiktirafan 5S daripada MPC P.Pinang.

02.

— Kotaqwa

Koperasi Qaryah Masjid Attaqwa atau Kotaqwa merupakan salah satu aktiviti masjid bagi menjana pendapatan kewangan. Keahliannya terbuka kepada anak qaryah Taman Bertam Indah. 

Pernah dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik Komuniti bagi Negeri P.Pinang

03.

— Pusat Dialisis

Perasmian Pusat Hemodialisis Masjid At’Taqwa, telah disempurnakan oleh T.Y.T. TUN DATO’ SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS.

Ia mampu memberi rawatan seramai 10 orang pesakit pada sesuatu sesi. Para pesakit terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk bukan islam.

04.

— At-taqwa Inn

Terletak bersebelahan dengan masjid Attaqwa Bertam , ia menyediakan kemudahan penginapan untuk para pengunjung untuk beribadah dengan selesa disamping kuliah agama pada setiap malam. 
Terdapat 6 buah bilik daripada pelbagai saiz dan harga, setanding dengan bilik hotel di sekitar Kepala Batas.
05.

— Dewan Seminar

Boleh menampung sehingga 100 orang peserta, ia dilengkapai dengan segala kemudahan moden untuk seminar, mesyuarat, taklimat, persembahan dan sebagainya. 

Bayaran minima dikenakan untuk penggunaan dewan tersebut

06.

— SRIAT

Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) merupakan satu lagi instutusi pendidikan di bawah kelolaan Masjid At’Taqwa. Beroperasi dibangunan sendiri yang terletak bersebelahan surau At’Taqwa. 

Tahun 2018 , satu bangunan tambahan telah dibina hasil wang sumbangan jemaah dan kerajaan negeri. 

Kejayaan kami

Anugerah Masjid Terbaik Malaysia

Masjid AtTaqwa Taman Bertam Indah dalam Kawasan Parlimen Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU) barubaru ini diberi Anugerah Masjid Kariah Ketiga Terbaik Peringkat Kebangsaan 2014, yang dianjurkan oleh agensi persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Koperasi Terbaik Komuniti bagi Negeri P.Pinang

Berfungsi sebagai unit yang menjana pendapatan bagi kebajikan para jemaah dan masjid..

teman-teman

bilangan pelawat 2019

50000
Hebat